Hai hai korang. Lame gila tak berblog almaklumlah BUSY
Selama 3 minggu tak berblog ni satu benda yang berlaku. Aku taknak cerita nanti aku ………… . Nanti aku buat entry special untuk beliau sempena hari lahir beliau yang tak sempat nak cecah 93 tahun. Ya Allah cakap camni pon dah sebak. Tanggal 24 JULAI 2010 , 23:14 atok aku yang tersayang :’( kembali kepada DIA .
Tenang sambil muka atok :’( tersenyum. Atok meninggal, dikelilingi anak anak lelaki atok dan nenek . Air mata lelaki mereka jatuh, ayah baring sebelah atok menangis nangis. Nenek menangis nangis sambil ditenangkan Pak Dik supaya Redha pemergian atok. Aku menangis sangat sangat, air mata mencurah curah keluar pastu makdik peluk aku, erat .
Ya Allah aku cucu paling rapat ngan dia, aku duduk serumah ngan atoknenek, Makan ngan atok, tengok tv ngan atok. Atok kelakar, sebulan haritu dia sihat walafiat je. Aku terasa. Mase hantar atok pegi hospital sebab kaki atok, dia cakap nilah sakit dia yang terakhir. :’(
Ain rindu atok sangat sangat. Ain rindu atok. Ramadhan takde atok. Aidilfitri takde atok. Semoga atok ain ni ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Esok, lepas atok di kafankan , aku cium atok aku dua kali ‘ Ain sayang atok sangat sangat ‘ cium lagi sekali , sejuk .
Ain tak sanggup sebut ARWAH ATOK :’( . Lepasni takde ayat keluar, ‘aku ade atok ngan nenek dua dua belah ayah mak’ . Okey stop, tak tahan . Hidup mesti diteruskan .
Al- Fatihah . :’(
Assalamualaikum.
al-fatihah :(
ReplyDeletetengs keryoki :'(
ReplyDeleteain takziah~
ReplyDeletexmo sedeh2 taw..
doakan yg tbaik utk arwah..
al-fatihah~