Assalamualaikum readers sayangs :)
Aku tau korang kenal Kajang sebab satay. Kalau takde satay pun terkenal ngan traffic jammm, pendatang asing, Used Car merata rata, Phone pun murah murah. Tapi bukan tu aku nak cakap ler. Jom cakap sal makan jugak. Bukan satay je okay orang kajang reti buat. Aicehcehceh! Jangan kira aku (--) Nasik ayam paling sedap aku penah makan kat sinilah. Aku panggil Nasik Ayam Semenyih. Sebab ape aku panggil nasik ayam semenyih? kenapa? sebab tempat tu terletak kat Semenyih. Hahaha tak kelakar la bodoh. aku dari kecik sinila ayah dan nenek aku paling suke pegi. Dah berpuluh puluh tahun kedai ni. Orang kate, Owner ni start berniaga pakai basikal duludulu. Dia bukan grand restaurant, even pun restoran. Kedai tu GERAI sahaja. Walaupun gerai, tapi kena beratur panjang gila, kadang kadang kalau pegi peak hours ke kan, kena tunggu luar kedai nak tunggu orang lain habis makan pastu cop tempat punya pasai. Kiteorang selalu pegi lunch kat situ kul 11 pagi. Itu lunch okay nak elak beratur. ehe :) Kadang kadang makan takyah risau kalori naik, sebab sambil makan berpeluh peluh sebab panas dan pedas sikit je. sikit je okay.
Sape sape yang vege jugak jangan ngisau lah, selain nasik ayam kan, dia ada, kerang rebus, cucur udang, tauhu bakar dan goreng. Tu sahaja yang dah bolehkan ramai orang beratur ratur tuk makan. Ape apepun marvellous! Tapi selera orang lain lain kan? Harga nasik ayam tu RM 3.50. Murah kan :")
Tak sempat nak amik gambar sebab si pelahap ni dah laparrr , so amek dari blog sape sape. :D Tempat dia kat bandar semenyih, kat depan padang bola. Kedai cornerlot.



Habis makan tengahari, sayang jom terus tengok Rapunzel 3D pulaks! :D
No comments:
Post a Comment