19 June 2014

Realiti

Salam,


Sekarang, tengah tulis blog sambil tengok nederlands main. First match aku tengok untuk worldcups ni. Okay sebenarnya nak cakap pasal realiti, realiti diri sendiri. Rasa rasanya tahun ni, ialah tahun aku keluar dari comfort zone aku sendiri, kepompong fantasi, mimpi mimpi yang indah. Kadang kadang hidup ni bukan selalu dekat atas, gembira je memanjang, rasa dunia ni aman seronok je. Bagi aku, bila kita dah dekat atas ni, kita akan rasa selesa dan masa itula idea idea atau harapan keluar. Bila dah dekat atas kita tak nampak bawah, sebab dah terlalu tinggi, nak pandang bawah pun taknak. Orang kata, time tengah gembira tu, janganlah kita buat keputusan melulu, terlalu yakin diri tu takkan jatuh. Ade orang pernah cakap ngan aku, "Kalau buat keputusan tu pikir jauh" . Aku pernah dalam situasi tu, terlalu sombong sampai diri sendiri jatuh pun tersedar, baru nak tergadah. Dah terlambat ke? Bagi aku taklah, semua orang kena rasa jatuh, semua orang kena rasa jatuh, sebab benda tu akan buat kite jadi kuat untuk masa hadapan dan lebih matang. Definisi matang bagi aku bukan ukur berdasarkan umur tapi pengalaman kita menghadapi setiap dugaan hidup. Cara kita handle tu yang buat kita matang. Aku tak kata aku matang, aku mahu ke arah itu. 



Ataupun wake up call untuk aku. Terlalu gembira dengan hidup dekat dunia sendiri, Allah sedarkan kita. Bila kita lupa kita perlukan Allah, Allah akan letak kita dekat situasi yang menyebabkan kita perlukan DIA. Dan sebenarnya untuk kebaikan kita. Janganlah kita cakap, orang tu dah jadi teruk, baru nak sujud kat Allah. Kita taktau apa yang akan jadi dekat kita nanti. Alhamdulillah :)




Aku belum kuat lagi untuk lalui realiti ni, memang dia tak seindah mimpi. Tak langsung, kau perlukan kekuatan untuk hadapi setiap hari. Takpe, awal awal memang susah, kau jatuh tersungkur sebab benda yang kau pegang untuk berdiri tu dah takda dan kau jatuh kau terluka. Bukan senang nak sembuh, ambil masa nak sembuh Ambil masa untuk berdiri. Masa nak sembuh bukan senang, kau kena motivate diri sendiri untuk berdiri semula sendiri, sorang sorang tapi itula yang akan buat kau kuat nanti, kau belajar itulah pengalaman. Bila tinggal parut, kau boleh pandang balik belakang dengan gembira dan kau tau kau kuat. Kau boleh sembuh tanpa siapa siapa pun pegang kau. InsyaALLAH. One day aku akan senyum semula :)



No comments:

Post a Comment